Lyodra (album)

Lyodra (kadangkala ditulis dengan huruf besar) merupakan album studio pertama oleh Lyodra Ginting.[1] Album eponim ini ialah album solo sulung Lyodra sebagai penyanyi dewasa di bawah syarikat rakaman Universal Music Indonesia, selepas memenangi Indonesian Idol musim kesepuluh pada 2020.[lower-alpha 1] Lyodra memuatkan lapan buah lagu yang dipopularkan oleh beliau sendiri, empat daripadanya merupakan lagu baharu iaitu "Oee..Oee..Oee..", "Kalau Bosan", "Dibanding Dia", dan "Pesan Terakhir".[2] Jenis muzik yang dimainkan ialah pop (khususnya, balada pop), R&B, EDM, dan balada rock.[3][4][5]Dalam proses pembuatannya, beberapa pemuzik seperti Dipha Barus dan Ade Nurulianto terlibat sebagai komposer dan penerbit.[6][7] Sebelum itu, Laleilmanino, Yovie Widianto, dan Anji sudah pun menulis dan menghasilkan empat single lama yang dimuatkan dalam senarai lagu album itu.[8][9] Pada asalnya album ini dijadualkan dikeluarkan pada penghujung tahun 2020, tetapi telah ditunda beberapa kali kerana pandemik COVID-19.[10][11] Sebab yang sama membuatkan beberapa proses pengeluaran—terutamanya lagu "Oee..Oee..Oee.."—dijalankan dari jauh dan melalui ruang siber.

Rujukan

WikiPedia: Lyodra (album) https://www.medcom.id/hiburan/musik/GKdJRVWb-lyodr... https://www.jpnn.com/news/lyodra-rilis-album-perda... https://www.cosmopolitan.co.id/article/read/2/2021... https://lifestyle.sindonews.com/read/125926/157/ly... https://www.nme.com/en_asia/features/music-intervi... https://www.insertlive.com/film-dan-musik/20210708... https://www.jawapos.com/entertainment/music-movie/... https://hai.grid.id/read/072214029/lyodra-nyanyika... https://www.pramborsfm.com/music/lyodra-rilis-vide... https://www.fimela.com/news-entertainment/read/434...